Covid-19: 809 kes baharu, enam kematian semalam 

0
2
Kelihatan orang ramai membeli tiket ketika tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. Semalam, penjualan tiket meningkat 30 peratus susulan kebenaran merentas negeri bagi individu lengkap vaksin Covid-19 bermula Isnin lepas.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan enam kematian baharu akibat Covid-19 semalam. 

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,769 kes sejak virus tersebut melanda negara. 

Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, dua kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). 

Sementara itu, sebanyak 809 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan empat kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,972,966 kes. 

Selain itu, seramai 16,772 individu atau 93.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). 

Sebanyak 1,128 kes pula dirawat di hospital dan 72 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 49 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here