Nancy turun padang pastikan mangsa banjir dapat bantuan sewajarnya

0
2

DATUK Seri Nancy Shukri turun padang hari ini bagi meninjau dan memantau operasi di pusat pemindahan sementara (PPS) di Temerloh, Pahang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu melakukan lawatan ke PPS yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Sekolah Menengah Seri Semantan, Temerloh bagi memastikan semua mangsa banjir berada dalam keadaan selamat dan selesa ketika ditempatkan di PPS berkenaan.

Menerusi laman rasmi Facebook KPWKM,
Nancy yang diiringi beberapa pegawai kementeriannya turun padang bagi memastikan bantuan dan perlindungan sewajarnya diberikan kepada 374 mangsa banjir di PPS tersebut.

“Hujan lebat yang melanda negara menyebabkan berlaku banjir di beberapa buah tempat. KPWKM dan agensi kerajaan sentiasa cakna akan tanggungjawab terhadap mangsa banjir, justeru Pusat Pemindahan Sementara,” katanya.

Justeru, Nancy mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka dan berwaspada berikutan musim hujan yang tidak menentu dan bersedia untuk dipindahkan ke PPS sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here