Bendung pemikiran tersasar dari al-Quran, sunah – Ahmad Zahid

0
1
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kepentingan membendung pemikiran yang tersasar dari landasan al-Quran dan sunah supaya dapat menyekat ketaksuban membuta tuli.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata ketaksuban membuta tuli atau gerakan yang radikal dan ekstrem boleh menggugat keamanan dan masa depan negara.

“Menyelaraskan pemikiran sangat penting sehingga dapat menzahirkan Wahdatul Fikri (kesatuan pemikiran) yang berakar dari Wahdatul Qalbi (kesatuan hati) sehingga menerbitkan Kesatuan Amalan (Wahdatul Amal).

“Penting membendung pemikiran yang tersasar dari landasan al-Quran dan sunah kerana ia akan dapat menyekat benih ketaksuban membuta tuli atau gerakan yang radikal dan ekstrem yang boleh menggugat keamanan dan masa depan negara kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, untuk tujuan itu banyak ilmu dan informasi serta pencerahan yang benar dan disepakati oleh majoriti ulama dunia Islam yang disiarkan di radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Dalam hantarannya itu beliau turut kongsikan program siaran langsung rancangan Tarbiah dari Facebook rasmi IKIM bertajuk ‘Hidup dengan al-Quran’ hasil perkongsian Ustazah Hamidah Ab Razak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here