Batal projek elak ketirisan – Anwar

0
1

TINDAKAN Kerajaan Perpaduan menyemak semula serta membatalkan projek yang diluluskan bagi memastikan tiada ketirisan ketika hutang negara melebihi RM1 trilion.

Perkara itu dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, tindakan yang diambil bukan untuk memfitnah atau mencerca pihak lain.

“Diberi mandat (jadi perdana menteri), hutang lebih RM1 trilion. Setiap agensi kita teliti, di mana bocornya, mana tirisnya dan ini bukan fitnah.

“Saya kuat meneliti fail-fail, sebab itu ada beberapa projek kita minta tangguhkan, teliti semula atau batalkan, bukan makna untuk cerca mana-mana tokoh politik,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Putrajaya, hari ini.

Pada 6 Disember lalu, Anwar memberi arahan untuk membatalkan beberapa projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion, tidak diteruskan kerana membabitkan rundingan terus tanpa proses tender. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here