Ben Ibrahim
POLIS Bentong sedang menyiasat dakwaan seorang pelajar dipukul senior ketika berada di asrama sekolah pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa hari ini.
“Pelajar berusia 16 tahun itu mengadu sakit pada bahagian perut dan kencing berdarah pada jam 10 pagi semalam ketika berada di rumah dan bapanya membawa dia ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan, pihak hospital mengesyaki mangsa dipukul,” katanya dalam kenyataan media di Kuantan, sebentar tadi.
Zaiham berkata, pelajar berkenaan kemudian memberitahu bapanya dia dipukul senior pada kira-kira jam 2 pagi ketika berada di asrama sekolah itu.
“Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Bentong,” katanya. – Malaysiapost

