‘Kenapa Muhyiddin tak mahu jadi Ketua Pembangkang?’ – Shahrir

0
2
shahrir samad

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempertikaikan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa enggan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen sebaliknya hanya mahukan jawatan Perdana Menteri.

Shahrir secara sinis berkata, beliau bersimpati dengan bekas Perdana Menteri itu kerana Muhyiddin kini kehilangan ‘butang’ untuk ditekan.

“Kesian. Beginilah jadinya apabila tiada lagi butang nak ditekan di Johor. PN di Johor ada tiga ADUN dan dua Ahli Parlimen sahaja. Lupakan Johor.

“Fokus pada nasional. Sepatutnya jadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, tak hendak. Hanya layak jawatan PM ke?,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, Muhyiddin menyifatkan kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Padang Serai dan kekalahan tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman tanda positif sokongan padu rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi PN berkata, keputusan kerusi Parlimen dan DUN itu menunjukkan rakyat tidak teruja dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, majoriti BN merosot hampir separuh di Tioman dan majoriti PN di Padang Serai dua kali ganda majoriti yang dimenangi oleh PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mengulas kemenangan PN di Padang Serai, Muhyiddin mendakwa, PH dan BN melakukan ‘the biggest electoral fraud ever’ (penipuan pilihan raya terbesar) pada PRU15.

Dalam perkembangan sama, Shahrir juga mendakwa, kemungkinan Muhyiddin tidak peduli mengenai urusan Parlimen kerana bekas Perdana Meneri itu juga pernah ‘memandulkan’ Dewan Rakyat ketika Darurat Covid-19.

“Ataupun tak kisahkan Parlimen sangat, pernah dimandulkan semasa Darurat Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here