DAP kononnya sudah berubah, sedang disanjung – Hadi

0
1

DAP yang dikatakan kononnya sudah berubah sedang disanjung, walaupun ideologi dan pendekatan parti itu secara terang-terangan bersikap anti-Islam, dakwa Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata, hal tersebut berlaku kerana DAP berdiam diri tanpa mengubah dasar parti itu, bersama parti-parti lain yang bersekongkol dengannya.

Katanya, mereka bertindak sedemikian semata-mata demi memperoleh kemenangan yang menghalalkan cara, tanpa mempedulikan amaran Allah SWT kepada generasi awal.

“Kenyataan mereka secara terbuka yang menentang hukum Islam dan memberikan sokongan kepada golongan yang murtad sudah menjadi bukti yang sangat nyata. Walaupun ramai yang berada di sisi mereka menjadi syaitan bisu, tetap tidak boleh menafikan sikapnya yang sebenar.

“Maka, PAS membuat satu keputusan yang betul berpandukan panduan nas dan kajian yang mendalam,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Abdul Hadi berkata, usahawan Melayu Islam yang sedikitnya jumlahnya juga diserang dengan kenyataan secara terbuka.

Manakala, katanya, kartel-kartel bukan Islam menjadi penyumbang rasuah yang terbesar pula didiamkan, mungkin dinilai daripada jasanya.

“Begitu juga, kenyataan mereka yang bersimpati dengan perjuangan komunis dan Tamil Eelam yang ganas terhadap umat Islam mendedahkan apa yang tersirat dalam perjuangannya.

“DAP tidak perlu bercakap banyak kerana sudah ada Melayu berwajah Islam dapat dipasang di semua peringkat, atas nama menentang perkauman yang melulu terhadap bangsa dan agamanya sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata golongan tersebut tidak melihat secara ilmu Islam yang membezakan antara fanatik kaum dengan bangsa Islam yang wajib memimpin berlandaskan prinsip yang adil kepada semua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here