‘Bukan saja pengundi, ahli juga akan tinggalkan Umno’ – Tun Faisal

0
1
Tun Faisal Ismail Aziz

BEKAS Timbalan Ketua Bahagian Umno Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, percaya sedikit demi sedikit ahli Umno akan meninggalkan parti itu sekiranya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus kekal sebagai presiden.

Malah katanya, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu bukan kerana pengundi tidak mahukan gabungan berkenaan, tetapi mereka menolak Ahmad Zahid.

“Saya dah sebut berulang kali, dalam PRU15, pengundi Umno tak nak undi BN sebab Zahid, mereka lari daripada BN untuk kali ni sahaja.

“Tetapi apabila Zahid masih kekal sebagai Presiden dan bawa pula Umno ‘berkahwin’ dgn PKR dan DAP, maka bukan saja pengundi, ahli Umno juga akan tinggalkan BN selama-lamanya.

“Malah ahli-ahli Umno pun akan meninggalkan Umno sedikit demi sedikit kerana sekarang mereka sudah ada alternatif,” katanya menerusi Facebook.

Dalam hantaran sama beliau memuatnaik video luahan pelakon Ellie Suriati Omar, yang juga penyokong BN terhadap gabungan BN dan PH.

Menerusi video berkenaan Ellie menyifatkan kerjasama dengan PH adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akar umbi kerana Umno sudah memutuskan pada Perhimpunan Agung Umno lalu ketetapan ‘No DAP, No Anwar’.

Dalam hantaran berasingan, Tun Faisal turut mengkritik tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat berterusan mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf dan saman kepada individu yang tidak sehaluan dengannya.

“Orang bukan nak tahu pasal kau saman siapa, rakyat nak tahu apa kerajaan buat bila harga telur mahal dan telur tak ada, turunkan kos sara hidup, kurangkan harga minyak.

“Rakyat nak tau, apa kau buat untuk naikkan gaji mereka, naikkan nilai RM kepada RM2.50 per USD1,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here