Rosmah hadir mesyuarat MKT Umno?

0
2
foto kredit: BERNAMA TV

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menjadi perbualan ramai selepas kemunculan Datin Seri Rosmah Mansor di Menara Dato’ Onn, malam ini.

Kehadiran isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menarik perhatian lensa kamera pengamal media, yang mula menunggu sejak petang tadi.

Rosmah tiba sekitar jam 8 malam, diiringi seorang wanita, yang dipercayai pegawainya.

Bagaimanapun, Rosmah meminta pengamal media tidak mengambil gambar ketika kumpulan itu mendekatinya.

Pegawainya turut menegur jurugambar supaya tidak mengambil gambar isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

“No picture, no picture (jangan ambil gambar),” katanya.

Kehadiran Rosmah itu mungkin bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mempengerusikan mesyuarat MKT, malam ini.

Umno akan mengadakan mesyuarat MKT di ibu pejabat parti itu malam ini.

Ia mesyuarat pertama selepas enam ahli parti itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here