Henti kaitkan PAS dengan judi, arak – Steven

0
2

DEWAN Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang meminta rakyat tidak termakan dengan tuduhan buruk yang mengaitkan parti itu dengan isu judi dan arak.

Ahlinya, Steven Koh menegaskan, sebagai masyarakat Cina, beliau faham dengan ketegasan PAS mengawal arak dan judi.

“Memang ada perkara yang PAS tegas dalam perjuangannya seperti mengawal aktiviti arak dan judi kerana semua ini perkara yang memudaratkan.

“Bagaimanapun, PAS tidak pernah mengekang hak kebebasan agama lain.

“Ada perbezaan besar antara kawal dan haramkan, tetapi ramai musuh Islam memanipulasi isu ini,” katanya dalam program Santai Kopi yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini.

Menurut Steven, musuh PAS sering memainkan isu judi dan arak untuk menakutkan bukan Islam terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Katanya, bukan Islam tidak perlu takut dengan PAS kerana ia sebuah parti sempurna yang sentiasa bersikap adil kepada semua bangsa dan agama.

“Orang bukan Islam takut undi PAS kononnya nanti tidak boleh minum arak. Itu tidak betul, PAS terbuka kepada semua,” katanya.

Sebelum ini, ramai ahli politik Pakatan Harapan (PH) cuba mengaitkan PAS dengan dana dari syarikat perjudian ketika kempen PRU15 yang lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here