Shahrir Samad nasihat Muhyiddin supaya ‘move on’

0
1

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin segera ‘move on’ dan menerima hakikat kegagalan Perikatan Nasional (PN) untuk menubuhkan kerajaan.

Shahrir berkata, ini kerana kenyataan-kenyataan terkini Muhyiddin masih menunjukkan Pengerusi PN itu masih belum dapat menerima keadaan yang berlaku terutama membabitkan sokongan akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen.

“Masih belum boleh terima kesudahan yang telah berlaku. Sebab tu, kena secara terbuka nyatakan siapa yang berada dalam kumpulan 42 Ahli Parlimen yang memberi Akuan Bersumpah (SD) menyokong Tan Sri sebagai PM.

“Tan Sri Azhar Harun, Speaker Dewan Rakyat, pun tidak mampu menolong apabila ketua-ketua parti yang muktamadkan sokongan ahli- parti mereka masing-masing.

“Berkias macam mana pun, kesudahannya tidak ada (cukup sokongan) kepada PN. Setakat 73 Ahli Parlimen tak cukup kuat. ‘Move on and try again’,” katanya rongkas di Facebook.

Shahrir berkata demikian merujuk video petikan ucapan Muhyiddin dipercayai ketika berkempen Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen Padang Serai, baru- baru ini.

Dalam video itu, Muhyiddin mendakwa beliau mempunyai kenyataan rasmi yang menyatakan semua dokumen SD yang beliau serahkan sudah diterima Istana Negara.

“Kalau saya sudah ada sejumlah 115 Ahli Parlimen yang menyokong saya, tidak mungkin ada orang lain (jadi Perdana Menteri). PRU penentunya siapa bukan pihak lain tetapi kamu (rakyat),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here