MIC setuju tidak terima sebarang jawatan timbalan menteri

0
1
MIC (Malaysia Indian Congress). Foto kredit: MALAYSIAN INDIAN CONGRESS FACEBOOK

MALAYSIAN Indian Congress (MIC) memaklumkan bahawa parti itu tidak akan terima sebarang jawatan sebagai Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agungnya, RT Rajasekaran, berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati pilihan pengundi semasa Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

“MIC merakamkan sokongan kepada titah Yang Dipertuan Agong, untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Walau bagaimanapun, parti Malaysian Indian Congress (MIC) menghormati pilihan para pengundi semasa PRU ke-15 dan menyatakan bahawa parti MIC melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MIC pada hari ini telah bersetuju untuk tidak menerima sebarang jawatan sebagai Timbalan Menteri di dalam kabinet Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rajasekaran berkata, MIC juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pemilihan dan pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Dalam masa sama, parti itu turut berharap Perdana Menteri dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan adil untuk semua kaum di Malaysia.

Terdahulu, Perdana Menteri dilaporkan berkata bahawa calon timbalan menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan pertama kerajaan perpaduan pimpinannya hari ini.

Semalam, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata proses melantik timbalan menteri dalam kerajaan perpaduan diterajui Anwar dijangka selesai selewat-lewatnya dua minggu lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here