PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Bilal Erdogan, anak kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, semalam.
Anwar menerusi perkongsian di Facebook, berharap kunjungan itu akan terus mempererat hubungan Malaysia dan Turki.
“Meraikan saudara Bilal Erdogan semalam yang membuat kunjungan ke Kuala Lumpur. InsyaAllah, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turki terus dipererat,” katanya.
Hubungan baik Malaysia dan Turki, khususnya secara peribadi di antara Anwar dan keluarga Erdogan, bukan suatu rahsia.
Sebelum ini, Anwar menerima ucapan tahniah daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Ucapan itu disampaikan melalui panggilan telefon sebelum Anwar memulakan sidang akhbar pertamanya sebagai Perdana Menteri di Sungai Long Golf & Club House.
Anwar sebelum ini juga menegaskan akan menggunakan hubungan baiknya dengan pihak luar negara untuk menarik pelaburan ke Malaysia. – Malaysiapost

