9% pengundi Parlimen Padang Serai, DUN Tioman sudah mengundi

0
2

STATISTIK keluar mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Bahagian Parlimen Padang Serai, Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang, setakat ini adalah sebanyak sembilan peratus.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan jumlah pengundi yang telah keluar mengundi bagi hari undi biasa di kedua-dua kawasan berkenaan adalah sehingga jam 9 pagi tadi.

“Statistik keluar mengundi bagi Hari Undi Biasa PRU-15 pada jam 9 pagi, Parlimen P.017 Padang Serai peratus keseluruhan sembilan peratus.

“DUN N.42 TIOMAN, peratus keseluruhan juga sembilan peratus,” menurut perkongsian SPR di laman Facebook rasminya.

SPR memaklumkan seramai 132,955 pengundi berdaftar akan mengundi di Parlimen Padang Serai, Kedah manakala seramai 28,108 pengundi lagi akan mengundi di DUN Tioman, Pahang hari ini.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata sebanyak 46 Pusat Mengundi dan 230 Tempat Mengundi (Saluran) dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang di Parlimen Padang Serai membabitkan seramai 2,468 petugas, manakala DUN Tioman pula, sebanyak 17 Pusat Mengundi yang mengandungi 52 Tempat Mengundi dibuka membabitkan 506 petugas.

Pilihan raya di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman yang sepatutnya berlangsung pada 19 November ditangguhkan pada hari ini susulan kematian calon di kedua-dua kawasan berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here