SPRM siasat dakwaan Annuar Umno terima dana daripada Muhyiddin

0
2

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan Tan Sri Annuar Musa berhubung bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi Umno jutaan ringgit bagi membantu parti itu ketika pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 2020.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan bekas Setiausaha Agung Umno itu dan akan memanggil Muhyiddin serta Annuar untuk disoal siasat, lapor Free Malaysia Today yang memetik sumber.

Pada 21 November lalu, menerusi video di TikTok Annuar mendakwa Muhyiddin menemuinya di Sabah untuk memberikan ‘berpuluh juta’ ringgit.

Kenyataan bekas Ahli Parlimen Ini menimbulkan persoalan di media sosial dari mana datangnya wang itu.

Dalam video yang dimuat naik ke TikTok pada 21 Nov lalu, Annuar mendakwa Muhyiddin menemuinya di Sabah untuk memberinya “berpuluh juta” ringgit.

Pendedahan itu sekali gus menimbulkan persoalan di media sosial dari mana datangnya wang itu.

“Saya loncat naik atas kapal terbang pergi ke Sibu…tanya Muhyiddin, saya masuk dalam bilik tidur dia beritahu Umno habis duit di Sabah, tak cukup duit. Berpuluh juta Muhyiddin bagi membantu Umno Sabah,” kata Annuar dalam video itu.

Dalam video itu, Annuar berkata, dakwaan pengerusi Perikatan Nasional itu mahu ‘membunuh’ Umno adalah palsu dan rekaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here