NAMA Ketua Pembangkang daripada Perikatan Nasional (PN) akan diumumkan sebelum 19 Disember ini.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Ketua Pembangkang itu telah dipersetujui dan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan dua hari lalu.
“Kita sudah mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi PN dua hari lepas dan sudah buat keputusan.
“Kita akan umumkan sebelum 19 Disember ini,” katanya seperti dilapor Astro Awani.
Semalam, Timbalan Presiden PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan gabungan parti berkenaan sudah melantik Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan siapa individu yang telah dilantik dan meminta menunggu kenyataan rasmi daripada PN. – Malaysiapost

