PN guna dana judi: Sanusi dakwa tuduhan Anwar ‘tidak ketahuan hala’

0
2

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataannya mendakwa sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian.

Muhammad Sanusi menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai ‘tidak ketahuan hala’ kerana menuduh PAS sebagai parti yang mengharamkan operasi premis judi di negeri ditadbir parti itu, menggunakan dana menerusi sumber berkenaan.

“Secara tabi’ie nya bila PM keluar dari mesyuarat kabinet awal-awal ni, depa buat pengumuman macam mana nak realisasikan menifesto depa.

“Tapi kerajaan luaq tabi’ie, habis mesyuarat kabinet dok habaq (maklumkan) kemungkinan, bayangan tak ketahuan hala (tidak tentu arah).

“Lagi tak ketahuan hala kalau dikatakan syarikat judi nak bagi dana pada parti yang dah tutup kedai judi di negeri-negeri yang depa pimpin. Lain macam dia punya bayangan. Lain kali waktu kempen jangan dok muhong (menipu),” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Anwar dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet semalam, membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian.

Justeru, beliau telah mengarah Kementerian Kewangan (MOF) menyemak bagi mengesahkan sama ada dana pilihan raya untuk gabungan tersebut datang dari syarikat perjudian.

Dalam hantaran berasingan, Muhammad Sanusi menyelar tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa mempermainkan sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Ia susulan kenyataan Ahmad Zahid yang mendakwa prinsip menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Parti Bersatu adalah hanya untuk berdepan PRU15, dan bukannya selepas pilihan raya umum itu.

“Adakah sokongan dan kepercayaan pengundi dan penyokongnya begitu murah sehingga boleh main-main a.k.a klentong sebegitu saja?

“Taktau nak kata apa dah kalau orang macam ni masih boleh dipercaya dan disokong,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here