Zahid mulakan tugas TPM

0
1

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, memulakan tugasnya secara rasmi pagi tadi.

Beliau memasuki pejabatnya di Aras 4, Bangunan Perdana Putra pada pukul 8.06 pagi dengan diiringi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudian mengimbas kad perakam waktu seterusnya mengaminkan bacaan doa yang dibaca Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Kamaruzaman Abdul Aziz.

Selepas memasuki pejabatnya, beliau turut menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.

Pada Jumaat lalu, Ahmad Zahid diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Beliau mengangkat sumpah jawatan bersama 28 menteri yang lain di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu.

Ini merupakan kali kedua beliau bertugas sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas kali terakhir menjawat jawatan tersebut sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). – Malaysiapost

Kredit gambar Jabatan Penerangan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here