Pengumuman barisan Kabinet ditangguh 8.15 malam

0
1

PENGUMUMAN barisan Kabinet kerajaan perpaduan yang sepatutnya dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim 5 petang tadi ditangguhkan pada jam 8.15 malam ini.

Perkara itu disahkan Anwar menerusi hantaran Facebooknya sebentar tadi, namun punca ia ditangguhkan tidak dimaklumkan.

“InsyaAllah jam 8.15 malam ini saya akan mengumumkan saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan Perpaduan. Nantikan,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam hantarannya sebelum ini, memaklumkan pengumuman itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran rasmi RTM dan Youtube rasmi PMO jam 5 petang tadi.

Terdahulu, Anwar mengesahkan beliau akan mengumumkan barisan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan pimpinannya lewat petang ini.

Perdana Menteri berkata, beliau telah mempersembahkan senarai anggota Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.

Beliau juga memberi jaminan tidak akan melantik terlalu ramai anggota Jemaah Menteri, begitu juga duta bertaraf menteri seperti kerajaan terdahulu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here