Kuasa bukan keistimewaan tetapi amanah, tanggungjawab berat – PM

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengecewakan aspirasi dan harapan rakyat terhadap kepimpinannya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, kuasa yang ada padanya hari ini bukan suatu keistimewaan tetapi tanggungjawab berat yang mesti dipikul dengan amanah.

“Seperti yang sering saya bicarakan bahawa kuasa bukan keistimewaan sebaliknya tanggungjawab berat yang mesti dipikul dengan amanah dan prinsip yang jelas dalam mengangkat martabat hidup rakyat,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Anwar ke Pasar Tanjung Rambutan, Perak bagi menyantuni masyarakat Tambun.

Kunjungan itu sempena kepulangan kali pertama beliau sebagai Ahli Parlimen Tambun selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu.

Terdahulu, Anwar menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, pagi tadi.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau menghargai semangat rakyat yang hadir daripada pelbagai lapisan kaum sebagai tanda sokongan terhadapnya.

“Tentunya harapan dan aspirasi mereka tidak mungkin saya kecewakan.

“Negara ini mesti dipacu ke tahap yang lebih baik dan Malaysia mesti menjadi tatanan contoh tidak hanya di rantau ini tetapi juga di peringkat antarabangsa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here