Sidang DUN Johor ucap tahniah kepada Anwar

0
1
puad zarkashi

SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik Perdana Menteri ke-10.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menzahirkan ucapan itu pada pembukaan sidang keempat DUN Johor Ke-15 di Kota Iskandar, Johor Bahru, hari ini.

“Tahniah diucapkan kepada Anwar yang dilantik Perdana Menteri Malaysia ke-10 selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah Perdana Menteri pada 24 November lalu di Istana Negara, selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit turut mengucapkan tahniah kepada ADUN Benut (BN), Datuk Seri Hasni Mohammad yang menang kerusi Parlimen Simpang Renggam pada PRU15.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Pembangkang DUN Johor, Liew Chin Tong (Perling- PH) dan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menang di kerusi Parlimen Pulai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here