PRN: PH Negeri Sembilan sedia kerjasama dengan BN

0
1

PAKATAN Harapan (PH) akur dengan sebarang keputusan sekiranya pucuk pimpinan parti itu menetapkan satu kerjasama dibentuk dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengerusinya, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata sebarang penetapan akan diputuskan oleh kepemimpinan utama PH namun mengakui di peringkat negeri beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk kerjasama itu dibentuk.

“Ia diputuskan oleh pihak pimpinan PH. Kami akur dengan arahan, akan ikut apa juga keputusan yang dibuat oleh pihak pimpinan utama parti.

“Di peringkat negeri, saya tiada masalah, nampaknya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini juga nampak aman, damai dan ada kerjasama yang baik,” katanya.

Untuk rekod, daripada keseluruhan 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan, 20 daripadanya dimenangi PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 manakala 16 kerusi dimenangi wakil rakyat dari BN. –

Kelmarin, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerjasama yang dibentuk antara BN dan PH yang merangkumi DAP pada pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tidak akan menghilangkan identiti serta mengabaikan prinsip parti itu.

Justeru, beliau meminta semua pihak untuk memahami bahawa prinsip menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu adalah untuk berdepan PRU15 dan bukannya selepas PRU15. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here