PN bukan datang nak bincang, dakwa Wan Rosdy

0
2

DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendakwa pemimpin Perikatan Nasional (PN) bertemunya sebelum seakan bukan untuk berunding bagi menjalin kerjasama membentuk kerajaan negeri.

Sebaliknya Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang itu berkata pemimpin PN diketuai Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man seolah-olah sudah membuat ketetapan dan meletakkan syarat.

Katanya, selepas PRU15 yang menyaksikan DUN Pahang tergantung, beliau dihubungi oleh Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amiruddin Shaari yang menyatakan kesediaan bekerjasama tanpa syarat untuk menubuhkan kerajaan.

Beliau kemudian dihubungi pemimpin PN dan mengadakan pertemuan dengan Tuan Ibrahim bersama Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad.

“Dalam pertemuan itu, Timbalan Presiden PAS (Tuan Ibrahim) bercakap dulu dan ketika itu kerajaan (Persekutuan) belum ditubuhkan lagi.

“Ayat pertama dikeluarkan kepada saya menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju melantik saya sebagai senator dan diberi jawatan menteri penuh, saya terkejut dalam hati, kerajaan tak tubuh lagi ni, macam mana boleh ‘offer’ kepada saya.

“Tuan Ibrahim kemudian memaklumkan PN mahu jawatan menteri besar, speaker DUN, jawatan Exco diagih seimbang antara BN dan PN selain tiga daripada lima kuota Adun lantikan.

“Saya kira-kira, saya lihat (mereka) bukan nak berbincang, tapi dah menetap dan menentu (keputusan) sebelum rundingan dimulakan, jadi saya cakap, PH sedia kerjasama dengan kami (BN Pahang) tanpa syarat,” katanya ketika ceramah umum di Kuala Rompin, semalam.

Wan Rosdy turut mendedahkan sikap segelintir pimpinan PN yang memminta pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK), kunci balai raya dan pelbagai lagi ketika proses rundingan sedang berjalan.

“Jadi kami membayangkan, maknanya kestabilan dan kemakmuran adalah perkara kedua bagi mereka,” katanya.

Sehubungan kata beliau, BN memilih bekerjasama dengan PH untuk menstabilkan kerajaan Pahang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here