Isteri kemalangan, jantung Aaron Aziz bagai nak luruh

0
1

ISTERI pelakon Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik terlibat dalam kemalangan kereta petang semalam.

Bagaimanapun Diyana dilapor tidak mengalami kecederaan serius dan sudah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian Aaron di laman Instagram, dia menerima mesej daripada isterinya mengenai insiden tersebut sebaik sahaja bangun dari tidur.

“SubhanAllah bangun tidur dapat mesej daripada my darling dia terlibat dalam kemalangan. Kereta sondol dari belakang.

“Terus jantung macam jatuh, anxious. Terus suruh dia straight ke Prince Court sebab sakit belakang dia dari leher ke pinggang. Alhamdulilah X-ray ok tapi doktor suruh monitor dan total rest untuk 48 jam,” katanya.

Aaron turut berkongsi video belakang kereta yang dipandu isterinya kemek dan isterinya yang sedang dirawat di pusat perubatan itu.

Rata-rata netizen mendoakan agar isteri pelakon filem KL Gangster itu diberikan kesembuhan cepat dan dipermudah segala urusan. – Malaysiapost

gambar ig:aarondwiaziz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here