Polis KL tawar diskaun saman 50 peratus

0
1

POLIS Kuala Lumpur menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk saman terpilih sempena Acara Kebudayaan Negeri Serumpun Melayu Sumatera Barat Padang dengan Malaysia bermula hari ini.

Acara tersebut berlangsung sehingga esok, 1 Disember 2022 di Lalaport, Bukit Bintang City Centre di ibu negara.

Menurut Polis Kuala Lumpur menerusi hantaran di Facebooknya, pihaknya akan membuka kaunter saman itu bermula jam 9 hingga 5 petang.

“Pembukaan kaunter  saman diskaun 50 peratus (untuk saman terpilih sahaja),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here