Siapa Syihan, saya tak kenal – TMJ

0
2
SEPANG, 26 Sept -- Reaksi spontan penjaga gol Skuad Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada 9.30 malam ini.
 Pasukan bola sepak negara tiba di tanah air malam ini selepas muncul Naib Juara Kejohanan Piala Raja Thailand di Chiang Mai semalam.

--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim secara berseloroh menyatakan baginda tidak mengenali penjaga gol Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

“Siapa Syihan? Saya tak kenal,” kata pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ketika ditemui media selepas aksi persahabatan antarabangsa antara JDT dan Borussia Dortmund malam tadi.

Baginda ditanya media mengenai khabar angin JDT sudah menandatangani penjaga gol utama kebangsaan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2023, lapor Berita Harian.

Sementara itu Tunku Ismail memaklumkan JDT harus dilabel pasukan ‘underdog’ musim depan kerana tidak akan melabur untuk mendapat khidmat pemain baharu.

Tunku Mahkota Johor itu juga menegaskan rekod cemerlang skuad Harimau Selatan musim ini sukar diulangi pada musim hadapan.

Baginda menambah, pada musim 2023, JDT adalah pasukan ‘underdog’ kerana tidak melaburkan wang dan lebih selesa menjadi pasukan bukan pilihan.

“Sepanjang 10 tahun dalam industri bola sepak, pada saya ini kejayaan paling bermakna kerana kami menang banyak piala daripada pasukan bawah 12 tahun hinggalah ke pasukan utama terutama JDT yang mengharungi 35 perlawanan domestik tanpa kalah.

“Bagi saya ini kejayaan paling hebat dalam karier saya dalam industri bola sepak Malaysia sejak sedekad lalu dan saya rasa perkara ini sukar untuk diulangi lagi.

“Saya yakin 100 peratus tetapi kalau boleh pencapaian ini diulangi ia sangat bagus tetapi saya sedar ia sangat sukar,” kata Tunku Ismail. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here