PM perlu beri jaminan tiada ‘balas dendam’ pada penjawat awam – Wan Saiful

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan dipimpin Pakatan Harapan (PH) tidak akan menjalankan ‘witch hunt’ (balas dendam) terhadap kakitangan perkhidmatan awam.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata jaminan itu perlu berikan selepas Timbalan Presiden PKR pernah mengugut akan ‘mencari’ penjawat awam yang menjalankan tugas mereka.

“Adakah membalas dendam ini masih lagi menjadi “polisi senyap” kerajaan PH?

“Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya segera memberi jaminan bahawa sikap dendam terhadap penjawat awam tidak akan dibiar berleluasa di Putrajaya.

“Apatah lagi sekarang ini heboh dikatakan bahawa Rafizi Ramli melobi hebat untuk menjadi Menteri Kewangan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Wan Saiful berkata, sekiranya sikap dendam itu dibawa ke kementerian yang penting, ia akan menjejaskan pentadbiran negara.

Katanya, apa lagi buruk kemungkinan besar peruntukan akan dipotong begitu saja jika sikap balas dendam kepada penjawat awam berlaku.

“Signal pertama institusi penting negara kita berada dalam keadaan bahaya ialah sekiranya ada pegawai kanan kerajaan ditukar atau dihentikan atas sebab dendam politik kerajaan PH. 

“Semoga Allah menjaga dan melindungi penjawat awam yang menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara dan agama dengan ikhlas dan berdedikasi,” katanya.

Hari ini, Anwar hadir pada perhimpunan bulanan kali pertama sebagai Perdana Menteri ke-10  di Dataran Perdana Putra di Putrajaya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here