NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dijangkiti Covid-19 sekali gus tidak dapat hadir dalam Majlis Kesyukuran dan Meraikan Jentera P.044 Permatang Pauh malam tadi.
Perkara itu disahkan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebooknya.
Namun katanya, majlis itu tetap berlangsung seperti yang telah dirancang.
“InshaaAllah, saya akan bertemu para jentera yang telah membantu saya selama ini pada sesi yang seterusnya.
“Alhamdulilah, setakat ini saya hanya mengalami gejala ringan. Sedang menanti hari untuk selesai kuarantin dan suami untuk keluar dari wad. Mohon doakan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

