Lee Zii Jia, Indra Wijaya berpisah

0
2

PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengesahkan sudah ‘berpisah’ dengan jurulatihnya Indra Wijaya, hari ini.

Perkara itu disahkan menerusi ciapan Twitter @TeamLZJ, sebentar tadi.

“Amat menyedihkan bahawa kami memutuskan untuk berpisah secara baik dengan jurulatih Indra Wijaya. Kami menghargai segala usaha yang telah diberikannya. Beliau kekal menjadi insan penting dalam mendidik Zii Jia.” katanya.

Sementara itu, Indra yang juga bekas jurulatih perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), turut mengesahkan perkara itu.

Jurulatih berusia 48 tahun itu mengesahkan dia kini menjadi ejen bebas dan kembali bersama keluarganya di Jakarta, Indonesia.

“Saya mengadakan pertemuan dengan Zii Jia dan pengurusnya (Lee Zii Yii) pada Jumaat. Menurut Zii Jia, dia mahu mencuba sesuatu yang berbeza secara solo, tanpa jurulatih,” katanya.

Indra yang merupakan bekas jurulatih perseorangan di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meninggalkan badan induk itu Februari lalu untuk membimbing Zii Jia yang bergerak secara profesional.

Sebelum berhijrah ke Malaysia pada 2016, Indra merupakan jurulatih skuad kebangsaan Korea Selatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here