“Terima kasih kerana membantu saya selama ini” – Ismail Sabri

0
2

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat tinggal kepada warga Jabatan Perdana Menteri (PMO) dalam satu majlis perpisahan malam tadi.

Perdana Menteri kesembilan itu yang memegang tampuk pemerintahan dari 21 Ogos 2021 sehingga 10 Oktober lalu sebelum Parlimen dibubarkan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu, turut berterima kasih kepada mereka.

“Malam perpisahan dengan kakitangan PMO di The Palm Tropicana Club House. Meraikan mereka yang akan meninggalkan PMO samada berhenti atau kembali ke kementerian asal masing-masing.

“Terima kasih kerana membantu saya selama ini. Semoga berjaya dengan karier masing-masing selepas ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sepanjang pentadbirannya, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dengan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat terutama usaha untuk bangkit kembali susulan pandemik Covid-19.

Antara inisiatif yang diperkenalkan melalui konsep berkenaan adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Jamin Kerja, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Dasar Agromakanan Negara 2.0, Digital Malaysia dan banyak lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here