Sungai Semenyih, Sungai Langat rekod paras bahaya

0
1

PARAS air di dua sungai di Selangor merekodkan melebihi paras bahaya, manakala dua lagi berada di paras amaran.

Berdasarkan laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran setakat jam 8.15 malam tadi memaklumkan, paras Sungai Semenyih di Pekan Bangi Lama di Hulu Langat menunjukkan bacaan 17.14 meter (m) melepasi paras normal 13.70m.

Sungai Langat di Jenderam Hilir di sepang pula merekodkan bacaan 11.17 m melepasi paras normal 7.40m.

Dua sungai yang merekodkan bacaan paras amaran iaitu Sungai Bernam di Rimba KDR di Sabak Bernam dan Sungai Beranang di Pekan Beranang di Hulu Langat yang masing-masing berada pada tahap 2.05m (1.00m paras normal) dan 32.02m (31.20m paras normal).

Dua sungai turut merekodkan bacaan paras amaran iaitu Sungai Kandis di Kampung Jawa dan Sungai Klang di bandar Klang.

Manakala di Kedah pula, JPS melaporkan dua sungai melebihi tahap waspada termasuk Sungai Sedim di Kampung Sedim, Baling yang merekodkan bacaan 35.5m dengan trend menurun dan cuaca kini hujan renyai.

Satu lagi sungai di daerah Baling iaitu Sungai Ketil di Kuala Pegang sudah melebihi tahap waspada dengan bacaan 36.23 7m dan trend direkodkan menaik, namun tiada hujan.

Sementara itu di Johor, empat sungai sudah melebihi tahap waspada iaitu Empangan Sembrong, Batu Pahat (10.61m), Sungau Sembrong di Batu 2 Sembrong, Batu Pahat (2.94m), Sugai Muar di Buloh Kasap, Segamat (8.33m) dan Parit Keliling, Kampung Pasir, Johor Bahru (0.05m).

Keadaan di Pulau Pinang pula, Sungai Junjung di Simpang Empat, Seberang Perai Selatan turut melebihi tahap waspada pada aras 3.14m dengan trend menurun.

Dua sungai di Sarawak, masing-masing di Mukah dan Balingan juga melebihi tahap waspada iaitu di Kuala Balingian, Mukah (1.09m) dengan trend menaik dan Mid Sungau Kuap, Samarahan (3.03m) dengan trend menurun. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here