Banjir: Tiga PPS masih beroperasi di Kuala Selangor

0
1

SERAMAI 280 mangsa banjir melibatkan 93 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Selangor, setakat jam 11.10 pagi tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor, Mulliadi Al-Hamdi Ladin, berkata ia membabitkan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sireh, SK Bandar Baru dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Bestari Jaya.

“Jumlah mangsa banjir berada di PPS SK Sungai Sireh kekal 111 orang (37 keluarga), SK Bandar Baru (92 orang / 30 keluarga) dan Dewan MPKS Bestari Jaya (77 orang / 26 keluarga).

“Sebuah lagi PPS membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram sudah ditutup pada jam 10.30 malam tadi,” katanya hari ini.

Pada 21 November lalu, media melaporkan seramai 400 mangsa banjir ditempatkan di sembilan PPS sekitar negeri ini membabitkan empat di Kuala Selangor dan lima di Kuala Langat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here