Pemimpin datang dan pergi, Umno perlu dipertahankan – Ahmad Zahid

0
2

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru pemimpin dan ahli terus teguh mempertahankan parti yang menjadi pusaka nenek moyang sehingga ke hujung usia.

Beliau menegaskan pemimpin datang dan pergi, namun parti orang Melayu itu jangan diruntuhkan sama sekali.

“Pusaka nenek moyang kita yang masih teguh berdiri walau cuba dibubarkan oleh musuh dan wajib kita mempertahankannya bersama-sama hingga ke hujung usia,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, sebarang perubahan saf kepimpinan perlulah dilakukan pada pemilihan parti yang akan berlangsung kurang enam bulan lagi.

“Insya-Allah pemilihan parti akan berlangsung kurang enam bulan dari sekarang.

“Wajarlah kita menunggu waktunya sama ada untuk membuat perubahan atau mengekalkan jawatan calon yang kita mahu menjadi peneraju saf kepimpinan selepas ini,”katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sebagai Presiden Umno.

“Setiakawan mereka yang hadir beramai-ramai ketika parti cuba disabotaj dari luar dan dalam, amat membanggakan kita semua,” katanya.

Pelbagai pihak mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan Presiden Umno selepas kekalahan teruk parti itu dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here