Dr Sidek Baba meninggal dunia

0
2

TOKOH pendidikan dan bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Datuk Dr Sidek Baba, meninggal dunia sebentar tadi.

Berita sedih itu dikongsi anaknya, Izzuddin yang menyatakan Cikgu Sidek telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika waktu Maghrib di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.

Difahamkan Allahyarham mengalami sakit jantung dan komplikasi buah pinggang sejak tiga bulan lalu.

Izzudin memohon didoakan agar roh ayahandanya dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan solihin dan muttaqin.

“Jenazah masih berada di PPUM untuk pengesahan Covid-19,” katanya.

Allahyarham Sidek, 76, adalah rakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau sentiasa menabur bakti dalam bidang akademik, terutama mengenai Pendidikan Islam dan atas sumbangan itu, beliau pernah menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 peringkat kebangsaan.

Sidek yang dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor UIAM (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar) pada 1994 hingga 2002. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here