‘Apa yang berlaku ada hikmah, yang penting kita jujur kepada rakyat’ – Hadi

0
1

KUALA LUMPUR, 1 Mac -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercakap pada sidang media bersama para Pimpinan PAS Pusat berikutan perkembangan isu politik semasa di Malaysia hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin segala yang berlaku mempunyai hikmah, selain beriltizam parti itu akan terus berkhidmat dan berbakti kepada rakyat dan negara.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, apa yang penting gabungan itu jujur kepada rakyat serta istiqamah dengan perjuangan parti.

“Segala yang berlaku telah berlaku, pasti ada hikmahnya. Yang penting kita jujur kepada rakyat, bersabar, dan tetap istiqamah,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu mengulangi gesaan menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan sokongan sebenar yang diterima sebagai Perdana Menteri.

“Seterusnya Perdana Menteri perlu membuktikan sokongan sebenar yang diterima.

“Kepada rakyat, kami akan terus berkhidmat. Kepada negara, kami akan terus berbakti,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu mengulangi gesaan menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan sokongan sebenar yang diterima sebagai Perdana Menteri.

“Seterusnya Perdana Menteri perlu membuktikan sokongan sebenar yang diterima,” katanya.

Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menuntut Anwar mengemukakan bukti yang beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk menjawat jawatan .

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here