SPR harap kempen di Parlimen Padang Serai, DUN Tioman berjalan dengan harmoni

0
1

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) berharap aktiviti berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Bahagian Parlimen Padang Serai, Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang berjalan dalam suasana harmoni dan mematuhi undang-undang.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata tempoh berkempen dikedua-dua kawasan berkenaan bermula hari ini selepas pengisytiharan pilihan raya oleh Pegawai Pengurus sehingga jam 11.59 malam, 6 Disember ini.

Menurutnya, SPR telah menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di kedua-dua kawasan berkenaan bagi memantau semua aktiviti calon-calon yang bertanding ketika berkempen.

“Calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya sebagaimana diperuntukkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, adalah juga tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan.

“Bahan kempen yang mengandungi perkataan yang boleh mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan atau hasutan yang boleh mendatangkan permusuhan adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menyarankan semua yang terbabit dan hadir pada aktiviti berkempen, hari undi awal, hari mengundi serta semua urusan pilihan raya untuk memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mesanitasi tangan.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan lancar pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga kepada Pejabat-pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM (, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Insolvensi Malaysia, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Penerangan, media dan semua pihak terbabit,” katanya.

Parlimen Padang Serai menyaksikan perlawanan enam penjuru calon-calon yang bertanding adalahmembabitkan calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Azman Nasrudin; calon Barisan Nasional (BN) Datuk Sivarraajh Chandran dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Hamzah Abdul Rahman.

Tiga lagi calon adalah Dr Mohamed Sofee Razak mewakili Pakatan Harapan (PH); calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili parti Warisan.

DUN Tioman pula menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan Datuk Seri Johari Hussain (BN), Idayu Hashim (PN), Osman Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly daripada Pakatan Harapan (PH) dan calon Bebas, Sulaiman Bakar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here