Laungan reformasi bergema di pejabat Anwar 

0
1

LAUNGAN reformasi bergema di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing, selepas Istana Negara mengumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10. 

Beberapa pimpinan PKR yang berada di pejabat itu berpelukan dan meraikan berita berkenaan dengan melaungkan reformasi, yang menjadi slogan keramat Anwar sejak lebih 20 tahun lalu. 

Antara yang berada di situ termasuklah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli; Naib Ketua Wanita PKR, Sangetha Jayakumar; Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari dan bekas Naib Presiden, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin. 

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri yang baharu. 

Presiden PKR itu dijadualkan mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri pada jam 5 petang di Istana Negara, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here