Anwar perlu kemuka bukti sokongan MP – Muhyiddin

0
1

TAN Sri Muhyiddin Yassin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bilangan sokongan dimilki Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bagi mengabsahkan jumlah yang diperoleh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, beliau yakin telah mendapat majoriti mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri dengan mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen.

“Pada jam 10.30 pagi 22 November 2022, Setiausaha Agung PN menghantar satu lagi Surat Akuan Ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, menjadikan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong saya adalah 115.

“Ia melebihi majoriti mudah 112 orang untuk membolehkan saya dilantik Perdana Menteri.

“Hari ini, Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar yang dikatakan mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai perdana menteri.

“Demi keyakinan rakyat akan keabsahan sebagai Perdana Menteri, sewajarnya beliau buktikan mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ia selaras kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri dijadualkan pada jam 5 petang ini di Istana Negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here