Zahid terus didesak letak jawatan

0
1

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terus didesak meletakkan jawatan susulan kekalahan terburuk BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata, Presiden Umno itu perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan BN seperti dilakukan pemimpin negara lain.

Menurutnya, ia amalan biasa dilakukan dalam sistem demokrasi berperlembagaan, yang mana ketua perlu bertanggunjawab dan meletak jawatan sekiranya ditolak rakyat.

“Ahmad Zahid perlu mengundurkan diri secara terhormat kerana ahli parti selama ini telah taat mengikuti segala arahan dan naratif Presiden.

“Kesilapan percaturan strategi dan naratif Presiden yang silap pada PRU15 membawa padah dan kekalahan paling teruk dalam sejarah Umno,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, tindakan itu juga bertujuan untuk memberi ruang serta nafas baru kepada parti ke arah memulihkan imej BN yang telah kalah.

“Ahmad Zahid perlu berjiwa besar dan melepaskan jawatan Presiden Umno sebagaimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin politik lain supayay dapat memberi ruang kepada pengantinya meneruskan perjuangan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here