‘Doakan semoga segalanya dipermudahkan’ – Zahid

0
1

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid memohon semua pihak mendoakan segala urusan berhubung pembentukan kerajaan baharu dipermudahkan.

Menerusi hantaran ringkas di Facebooknya, Ahmad Zahid turut memuat naik sekeping gambar tersenyum lebar sambil melambai kepada wakil media yang berkampung di perkarangan Istana Negara, pagi ini.

“Menjunjung titah DYMM Tuanku untuk ke Istana Negara pagi ini. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya.

Persoalan sama ada pembentukan kerajaan tertumpu kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong selepas meneliti mana-mana seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka mempunyai majoriti Ahli Parlimen.

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Menurut Anwar, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah belum membuat sebarang keputusan siapa yang bakal dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke-10.

Pada masa sama, beliau berkata, Seri Paduka menitahkan bahawa wujud keperluan agar kerajaan yang terbentuk selepas PRU15 adalah kerajaan yang kukuh.

Bagaimnapaun, Muhyiddin memaklumkan kepada baginda yang gabungan parti itu tidak mahu bekerjasama dengan PH, kerana itu menjadi prinsip gabungan terbabit sejak dulu.

Muhyiddin berkata, beliau diminta menandatangani satu dokumen berhubung cadangan itu, namun beliau menulis nota menyatakan tidak bersetuju terhadap cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan di antrara PN dan PH. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here