PN Perak belum tentukan Ketua Pembangkang

0
1

PERIKATAN Nasional (PN) Perak belum memutuskan individu yang akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undanagn Negeri (DUN) negeri itu.

Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria, berkata segala keputusan berkenaan akan dibuat dalam satu mesyuarat pada tarikh yang diputuskan kelak.

“Kita tak tahu (ketua pembangkang Perak). Biarlah mesyuarat akan menentukan nanti,” katanya.

Ditanya sama ada wakil PN atau Bersatu dipilih sebagai ketua pembangkang, Razman juga menyerahkan kepada mesyuarat pucuk pimpinan.

Sementara itu, diminta mengulas gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan negeri Perak semalam, Razman menyatakan mereka tetap berpegang kepada prinsip perjuangan.

“Terpulang kepada Umno yang bergabung dengan PH, kami tetap ada prinsip,” katanya.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu menyaksikan PH berjaya menenangi 24 kerusi dan BN sembilan kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 26 kerusi.

Semalam, Datuk Seri Saarani Mohamad sekali lagi dipilih untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak selepas pembubaran DUN pada 16 Oktober lalu.

Saarani, 61, yang juga ADUN Kota Tampan, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Nazrin Shah pada 5.40 petang ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar

Pencalonan Saarani sebagai Menteri Besar itu dipersetujui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) selepas kedua-dua gabungan politik itu bersetuju untuk bekerjasama membentuk kerajaan negeri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here