Parlimen tergantung, Agong boleh lantik PM interim – Shamrahayu

0
1

PERDANA Menteri interim boleh dilantik selagi belum ada keputusan dalam rundingan atau perjanjian bagi membentuk kerajaan campuran.

Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata Perdana Menteri Interim boleh juga dilantik sementara menunggu seorang Ahli Parlimen lain yang mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Selain Perdana Menteri Interim, beliau menjelaskan, terdapat beberapa pilihan bagi menyelesaikan masalah pencarian Perdana Menteri baharu Malaysia ketika ini berikutan tiada parti mendapat majoriti mudah 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

“Antara pilihan yang ada pada pemerhatian saya; pertama parti (atau gabungan parti) yang mendapat kerusi terbanyak diberikan keutamaan untuk membentuk kerajaan.

“Kedua, parti-parti (atau gabungan Parti) yang mendapat kerusi tertinggi hendaklah bergabung sehingga mencapai jumlah majoriti

“Ketiga, kesemua parti boleh diberikan peluang untuk membuat gabungan baharu sehingga mendapat majoriti dan keempat, kerajaan sebelum ini boleh membentuk kerajaan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Parlimen Malaysia tergantung selepas PRU15 Sabtu lalu dan tiada satu parti pun menang melepasi majoriti mudah 112 kerusi Parlimen.

Pakatan Harapan (PH) menang paling banyak kerusi Parlimen iaitu 82 diikuti Perikatan Nasional (PN) 73 dan Barisan Nasional (BN) 30 kerusi.

Manakala GPS menang 23, GRS 6 dan Warisan menang tiga kerusi.

“Apa pun setiap satu ada kelebihan dan kekurangannya. Saya sekadar kumpulkan kemungkinan berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here