Annuar dakwa terdapat usaha pengaruhi ahli BN terima PH

0
2

PEMBENTUKAN kerajaan gabungan antara Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) dikatakan masih belum berjaya lagi susulan tiada keputusan dicapai dalam perbincangan kedua-dua gabungan politik berkenaan hari ini.

Bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, mendakwa pertemuan kepimpinan PH bersama Ahli-ahli Parlimen Bandi sebuah hotel di ibu negara hari ini gagal menghasilkan sebarang keputusan.

“Difahamkan pertemuan PH dan BN sebentar tadi di PWTC gagal menghasilkan keputusan seperti yang di mahukan beberapa kerat pemimpin Pro DAP/PH.

“Time lime (tempoh waktu) jam 2 petang yaang di maklumkan oleh Speaker (Dewan Rakyat) mungkin tidak mencukupi untuk team Presiden Umno, kerana masih gagal capai kata sepakat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh, turut mendakwa kini terdapat usaha mempengaruhi ahli BN supaya menerima kerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Annuar mendakwa usaha itu dilakukan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan mengemukakan 10 justifikasi kenapa BN wajib bersama PH.

“Shabery Cheek, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Strategik DSZH (Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), yang beberapa hari sebelum mengundi mengisytiharkan BN sudah menang 114 kerusi, sebentar tadi mula melancarkan perang psikologi untuk mengaburi ahli dengan mereka-reka 10 justifikasi kenapa BN wajib bersama PH.

“Sedangkan kita di beritahu, belum ada sebarang keputusan parti, dimana hasil rundingan perlu dibawa dan diluluskan Dewan Tertinggi BN untuk dipersetujui atau di tolak,” katanya.

Menurutnya, dalam situasi ketika ini tidak mustahil Perikatan Nasional (PN) yang terlebih dahulu berjaya “cross the line” untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Sementara itu, beliau juga mendakwa ramai pemimpin akar umbi Umno bersetuju Umno dan BN kekal tidak menyokong mana mana parti, sebaliknya kekal memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa.

“Kita kini berpeluang perhatikan belang masing-masing dan menunjukkan warna sebenar untuk kita nilaikan,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong hari ini menzahirkan titah perkenan supaya proses bagi mengemukakan gabungan parti politik pasca Pililhan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri ke-10, dilanjutkan sehingga jam 2 petang esok.

Titah perkenan Seri Paduka Baginda itu susulan permohonan daripada ketua parti dan gabungan politik yang telah diterima oleh pihak Istana Negara hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Anmad Fadil Shamsuddin berkata sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses tersebut selesai.

Seri Paduka Baginda turut mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara atau “Caretaker Prime Minister” berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi Kerajaan Sementara (Caretaker Government). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here