Tiada parti dapat bentuk kerajaan dengan majoriti 2/3

0
2

BERBAKI hanya 54 kerusi sahaja lagi kawasan parlimen yang masih belum mendapat keputusan rasmi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan setakat ini tiada parti atau gabungan yang dilihat dapat membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga.

Keadaan itu bakal menyaksikan kerajaan gabungan ditubuhkan, namun tidak pasti gabungan mana yang akan bekerjasama untuk membentuk kerajaan kali ini.

Setakat jam 1.35 pagi ini, keputusan rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mendominasi dengan 58 kerusi termasuk lima kerusi dimenangi DAP dan satu dimenangi Parti Ikatan Demokrasi Rakyat Malaysia (MUDA) yang memenangi satu kerusi.

PH bagaimanapun diikuti rapat oleh Perikatan Nasional (PN) dengan 53 kerusi termasuk 22 yang dimenangi parti komponennya PAS.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) ketinggalan dengan hanya 23 kerusi, manakala Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 22 kerusi dan Gerakan Rakyat Sabah (GRS) mendapat enam kerusi.

Parti Warisan Sabah (WARISAN) beroleh dua kerusi, manakala Bebas dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing-masing memenangi satu kerusi. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here