Pejuang akan terus khidmat walau kalah PRU15 – Mukhriz

0
2

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) bertekad untuk terus memberi khidmat demi kehormatan dan kemakmuran negara.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata beliau berterima kasih kepada semua rakyat Jerlun yang memberi peluang kepadanya berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu sebelum ini.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua jentera Pejuang Jerlun di semua peringkat yang bertungkus lumus bekerja dalam tempoh kempen PRU15. 

“Tahniah juga kepada Dr Abdul Ghani Ahmad yang telah diangkat sebagai Ahli Parlimen Jerlun bagi Penggal Ke-15 ini. Selamat bertugas dan berkhidmat.

“InsyAllah, Pejuang akan terus memberi khidmat demi memastikan negara yang kita cintai ini akan terus dijaga kehormatan dan kemakmurannya,” katanya.

Pada PRU15 semalam, Mukhriz tewas dalam pertembungan empat penjuru dengan perbezaan undi besar kepada calon Perikatan Nasional (PN), Dr Abd Ghani Ahmad.

Mukhriz hanya mendapat 3,144 undi berbanding Dr Abd Ghani yang mendapat 31,685 undi.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Aziz memperoleh 11,229 undi, diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali (6,149 undi). 

Selain itu, Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi antara 369 calon kerusi Parlimen yang hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi dalam PRU15, semalam. – Malaysipost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here