SEORANG calon Bebas yang bertanding di Parlimen Tenom, Riduan Rubin diumumkan memenangi kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan memperoleh 10,027 undi.
Calon yang menggunakan lambang gajah itu menang dengan majoriti 1,108 undi menewaskan pencabar terdekat Pakatan Harapan (PH) Noorita Sual yang mendapat 8,919 undi.
Turut tewas adalah calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Ja’afar yang beroleh 8,625 undi.
Dua lagi calon hilang wang deposit iaitu calon Parti Warisan Sabah, Ukim Buandi (992 undi) dan calon Bebas, Peggy Chaw Zhi Ting (86 undi). – Malaysiapost
Kredit Foto: Facebook Riduan Rubin

