SECARA keseluruhan sebanyak 88 kerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) telah diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pemenangnya setakat jam 11.45 malam tadi.
Berdasarkan keputusan rasmi itu, Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan 21 kerusi, diikuti Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga 21 kerusi.
Barisan Nasional (BN) ketinggalan dengan hanya memenangi 15 kerusi setakat ini, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 14 kerusi.
Bagaimanapun parti komponen PN, iaitu PAS bertanding menggunakan logo sendiri di Kelantan dan Terengganu menang 13 kerusi menjadikan keseluruhan kerusi dimenangi PN setakat ini adalah 27 kerusi.
DAP yang juga parti komponen dalam PH memenangi empat kerusi, manakala parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang turut bekerjasama dengan PH, menang satu kerusi.
Sementara itu Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing-masing memperoleh satu kerusi.
Keseluruhan kerusi parlimen ditandingi dalam PRU-15 ini adalah sebanyak 220 kerusi daripada 222 kerusi dimana pengundian di dua kerusi ditangguhkan ke tarikh lain susulan kematian calon yang bertanding di Parlimen Padang Serai, manakala cuaca buruk di Parlimen Baram – Malaysiapost

