Tok Mat selesa mendahului di Rembau

0
2
https://www.facebook.com/photo/?fbid=674540880686727&set=pcb.674541514019997

TIMBLAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan selesa mendahului di kerusi Parlimen Rembau setakat jam 9 malam tadi.

Beliau meraih 6,827 undi daripada 12,319 undi yang dikira setakat ini.

Pencabarnya dari Pakatan Harapan (PH) Jufitri Joha dengan 2,956 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Nazree Mohd Yunus (2,392 undi), calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Tinagaran (82 undi) dan calon Pejuang Ramly Awalludin (62) undi.

Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di P131 Rembau adalah seramai 133,555 pengundi. – Malaysiapost

Kredit Foto: Mohamad Hasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here