Tak rasmi PN menang lapan Parlimen di Terengganu

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=687799129370831&set=pb.100044222510324.-2207520000.&type=3

KEPUTUSAN tidak rasmi menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mendahului dengan lapan kerusi di Terengganu.

Setakat jam 9.45 malam ini, PN mendahului di Besut dengan 17,279 undi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) Pada PRU14 lalu.

PN turut mendahului di Parlimen Setiu dengan 10,804 undi manakala PN juga mendahului di Kuala Nerus dengan 24,845 undi.

Pada PRU14, Parlimen Kuala Nerus dimenangi calon PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, namun bertanding atas tiket BN pada PRU15 ini.

Manakala PN dijangka dapat mempertahankan Parlimen Kuala Terengganu apabila sedang mendahului 23,998 undi.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sedang mendahului di Parlimen Marang dengan 38,287 undi.

PN turut mendahului di Parlimen Hulu Terengganu dan Dungun dengan 23,979 dan 10,460 undi.

Pengerusi BN Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sedan ketinggalan di Kemaman dengan calon PN meriah 44,357 undi.

Proses pengiraan undi sedang berlangsung ketika ini dan masih menunggu keputusan rasmi. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook Hadi Awang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here