Muhyiddin zahir takziah kepada keluarga calon DUN Tioman

0
1

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Md Yunus Ramli yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Muhyiddin yang bertanding di Parlimen Pagoh berharap keluarga Md Yunus terus tabah dan cekal dalam menghadapi dugaan itu.

“Ia berita yang amat menyedihkan. Saya ucapkan takziah kepada keluarga (Md Yunus) atas kehilangan itu,” katanya selepas mengundi bagi Parlimen Muar di pusat pengundian SMK Sri Muar.

Turut mengundi isterinya, Datin Seri Norainee Abdul Rahman.

Md Yunus meninggal dunia di Hospital Kuala Rompin, Pahang, pada 3.30 pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, cuaca hujan di Muar tidak menjadi penghalang untuk rakyat keluar mengundi.

Beliau turut menasihatkan pengundi untuk keluar awal mengundi kerana bimbang banjir akan berlaku jika hujan lebat berterusan.

“Keluar mengundi seawal mungkin adalah lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dan Noorainee selesai membuang undi pada kira-kira pukul 9.05 pagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here